KPD 3026 – PENGJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2
TUGASAN
RPH
KUMPULAN : EL-K03
DISEDIAKAN OLEH
NAMA | NO.ID |
SITI MARIYAM BINTI MOHD NOOR | D20102042537 |
NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. ROSMA BINTI OSMAN
TARIKH SERAH : 04.12.2011
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
TARIKH/HARI : 09/11/2011
KELAS : 3 KREATIF
MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN ISLAM(AL-QURAN)
TAJUK : KEFAHAMAN SURAH AL-IKHLAS
MASA : 12.45-01.15 TENGAHARI
BIL. PELAJAR : 37 ORANG
OBJEKTIF(HASIL PEMBELAJARAN :
ARAS 1 : Murid boleh membaca ayat satu dengan bacaan yang betul beserta maknanya.
ARAS 2 : Murid boleh membaca ayat 1 hingga 2 dengan betul beserta dengan maknanya.
ARAS 3 : Murid boleh membaca ayat 1 hingga 4 dengan betul beserta dengan maknanya.
PENGETAHUAN SEDIA ADA :
Murid telah mempelajari surah al-ikhlas ayat 1 hingga 4 pada pengajaran yang telah lalu.
KONSEP : Membaca ayat,memahami maksud ayat dan membaca surah
serta memahami isi-isi penting yang terdapat didalam surah Al-Ikhlas.
BAHAN : Carta,kad imbasan,sampul hikmat dan kartoon arnab
NILAI : Bekerjasama,berani
KEMAHIRAN : Membaca,mengira,mencantum dan menterjemah.
Langkah/masa | Isi pelajaran | Aktiviti pengajaran dan pembelajaran | catatan | |
Aktiviti guru | Aktiviti murid | |||
Pendahuluan (2 minit) | Doa | 1.Guru masuk ke dalam kelas dan memberi salam kepada murid. 2.Guru meminta murid membaca doa senandung Al-Quran. 3. Guru membaca doa bersama-sama dengan murid. 4. Guru meminta murid duduk dan bersedia untuk belajar. | 1.Murid berdiri dan menjawab salam guru. 2.Murid membaca doa senandung Al-Quran seperti yang diminta oleh guru. اللَّهُمَّ ارْحَمْنَا بِالْقُرْأنِ , وَاجْعَلْهُ لَنَا اِمَامًا وَنُورًا وَّهُدًى وَّرَحْمَةٌ , اللَّهُمَّ ذَكِّرْنَا مِنْهُمَا نَسِينَا عَلِّمْنَا وَعَلِّمْنَا, مِنْهُمَا جَهِلْنَا, وَارْزُقْنَا تِلاَوَتَهُ, اَنَا اللَّيْلِ, وَاَطْرَافَ النَّهَارِ, وَاجْعَلْهُ لَنَا حُجَّةً يَا رَبَّ الْعَلَمِينَ. 3.Murid duduk mengikut arahan guru. | |
Langkah/masa | Isi Pelajaran | Aktiviti guru | Aktiviti Murid | catatan |
Set Induksi (3 minit) | Bersoal-jawab dan menyusun huruf menjadi perkataan | 1.Guru menyoal murid : Sebutkan sifat yang baik(sifat terpuji) yang selalu dilakukan oleh menusia. 2.Diantara sifat yang disebutkan tadi, apakah sifat yang dilakukan tanpa mengharabkan balasan,hanya kerana Allah taala sahaja. 3. Guru menyebut sifat dan meminta seorang murid mencantum huruf-huruf menjadi perkataan Al-Ikhlas (الاخلاص) 4.Guru meminta murid menyebut semula nama surah tersebut dan guru menulis pada papan tulis. | 1. Murid menjawab soalan guru dengan menyebut beberapa sifat yang baik. 2. Murid menyebut sifat seperti yang telah dinyatakan oleh guru. 3. Seorang murid menyusun huruf menjadi perkataan. 4. Murid menyebut nama surah tersebut dan menyebut sekali lagi setelah guru menulis pada papan tulis. | Kad huruf |
Langkah/masa | Isi Pelajaran | Aktiviti guru | Aktiviti Murid | Catatan |
Langkah 1 (5 minit) | Surah Al-Ikhlas ayat 1 hingga 4 | 1. Guru memperdengarkan bacaan kepada murid. 2.Guru melekatkan carta surah pada papan tulis dan meminta murid membaca secara senyap. 3.Guru meminta murid membaca secara kelas/berkumpulan dan individu. | 1.Murid mendengar bacaan guru. 2.Murid memumpukan perhatian kepada carta dan membaca secara senyap. 3.Murid membaca secara kelas atau beramai, diikuti dengan bacaan secara berkumpulan iaitu kumpulan lelaki dan perempuan, seterusnya wakil murid lelaki dan perempuan membaca surah tersebut . | Carta surah |
Langkah 2 (5 minit ) | Ayat 1 dan 2 serta pengertiannya | 1.Guru meminta murid membaca ayat 1. 2. Guru mengeluarkan kad imbasan yang mengandungi makna ayat 1 dan meminta murid membaca nya | 1.Murid membaca ayat 1 2.murid membaca pengertian ayat | Kad imbasan |
Langkah/masa | Isi Pelajaran | Aktiviti guru | Aktiviti Murid | Catatan |
3.Guru meminta murid membaca ayat dan pengertian beramai. 4.Guru melakukan aktiviti 1,2 dan 3 untuk ayat 2 5. Guru memberi penerangan ringkas berkaitan dengan maksud ayat : - Allah ada satu. -Alah tempat memohon sesuatu -Tidak boleh mempercayai/menyembah selain allah | 3.Murid membaca ayat dan pengertian secara berkumpulan (Lelaki /Perempuan) 4.Murid membaca ayat 2 dan pengertiannya 5.Murid mendengar penerangan guru | Kad imbasan | ||
Langkah 3 ( 5 minit ) | Ayat 3 dan 4 beserta dengan pengertiannya | 1.Guru meminta seorang murid membaca ayat dan murid lain mengikut. 2.Guru mengeluarkan kad imbasan dan meminta semua murid lelaki membacanya 3.Guru mengarahkan semua murid mebaca ayat dan pengertiannya. | 1.Murid membaca ayat 3 diikuti oleh murid lain 2.Semua murid lelaki membaca pengertian ayat 3 3.Murid membaca ayat dan pengertiannya. |
Langkah/masa | Isi Pelajaran | Aktiviti guru | Aktiviti Murid | Catatan |
4. Guru memberi peneranagan ringkas berkaitan dengan maksud ayat. -Allah tidak ada anak. -Allah tidak ada ibu dan bapa. -Allah tidak ada keturunan. 5.Guru mengulangi aktiviti yang sama untuk ayat 4 | 4.Murid mendengar penerangan guru. 5.Murid mengulangi aktiviti yang sama untuk ayat 4 | Kad imbasan | ||
PENUTUP ( 5 minit ) | Cerita arnab yang lapar | 1.Guru memulakan cerita.Terdapat seekor arnab yang sangat kurus kerana terlalu lapar.Tuan punya arnab ini tidak dapat menyediakan makanan kepadanya kerana sakit. Murid-murid diminta mencari sayur-sayuran dan meletakkan pada pinggan yang telah disediakan. 2. Murid diminta berada didalam kumpulan masing-masing. 3.Guru mengedarkan sampul tugasan kepada murid menerangkan cara menyelesaikan tugasan 4.Guru meminta wakil murid dalam kumpulan masing- masing datang untuk meletakkan jawapan yang diperolehi pada tempat yang di sediakan. 5.Guru membuat penilaian terhadap hasil kerja murid dan membuat pengukuhan dengan meminta murid membaca beramai. | 1. Murid mendengar cerita yang disampaikan oleh guru. 2.Murid berada didalam kumpulan dan melakukan aktiviti seperti yang diarahkan. 3.Murid menerima sampul tugasan dan menjalankan aktiviti seperti yang diarahkan 4.Wakil murid meletakkan hasil kerja mereka pada tempat yang di sediakan 5.Kumpulan yang berjaya meletakkan jawapan dengan betul diberi tepukan dan murid membaca ayat mengikut kumpulan. | Kartoon arnab,sampul tugasan,kad imbasan. |
Langkah/masa | Isi Pelajaran | Aktiviti guru | Aktiviti Murid | Catatan |
REFLEKSI : | Setelah selesai proses pengajaran dan pembelajaran,guru berasa berpuas hati kerana pengajaran dan pembelajaran yang dirancangkan dapat dijalankan dengan baik dan objektif yang diharapkan telah tercapai. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan, didapati murid boleh membaca ayat dalam surah al-Ikhlas dengan betul,namun terdapat sembilan daripada tiga puluh tujuh orang murid dalam kelas tersebut tidak dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik, begitu juga dengan kemahiran membaca jawi pada pengertian ayat dalam surah tersebut.Murid yang terlibat telah dikenalpasti dan diberi bimbingan |